Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham
Sinar Harian
Mac 22, 2019 11:11 MYT
Mac 22, 2019 11:11 MYT
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sempat meluangkan masa melawat Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch, pagi Jumaat waktu tempatan.
Rahasnan Abdul Rashid, 57 tahun, abang kepada Nazril Hisham berkata, Ardern meluangkan masa beberapa minit bertanyakan khabar kepada adiknya dan juga ahli keluarganya.
Perdana menteri negara Oceania itu sebelum ini pernah melawat rakyat Malaysia tersebut namun sebelum ini keadaan bapa kepada empat anak itu tidak begitu stabil.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, anak sulung Nazril Hisham, Mohd Haiqal Daniel, 20 tahun, memaklumkan ayahnya yang sedang dirawat di hospital itu nampak semakin ceria berbanding kelmarin.
Menerusi mesej Whatsapp kepada Sinar Harian, Mohd Haiqal menyatakan ayahnya mungkin akan pulih dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah dia nampak lagi ceria hari ini. InsyaAllah dalam masa terdekat dia boleh start rehab (proses pemulihan),” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Nazril Hisham akan menjalani satu lagi pembedahan bagi merawat kecederaan di bahagian kaki dan belakangnya.
Kakak mangsa, Rosimah Abd Rashid, 56 tahun, berkata sebelumnya Nazril Hisham telah dua kali menjalani pembedahan sejak dimasukkan ke Hospital Christchurch.
#Christchurch
#Hospital
#Jacinda Ardern
#mangsa
#Nazril Hisham Omar
#New Zealand
#New Zealand berkabung
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#rawat
#serangan pengganas
#Tragedi Solat Jumaat