Itali umum langkah kurangkan lonjakan harga bahan api
Astro Awani
Mac 19, 2022 11:00 MYT
Mac 19, 2022 11:00 MYT
PERDANA Menteri Itali Mario Draghi pada Jumaat mengumumkan langkah penting untuk mengurangkan lonjakan harga bahan api, gas dan elektrik.
Itali akan menurunkan harga bahan api sebanyak 25 sen di stesen minyak sehingga akhir April.
Tegas Draghi, Itali akan meningkatkan kepada 5.2 juta bilangan keluarga yang akan dilindungi daripada peningkatan bil tenaga dengan membayar pada harga yang sama seperti musim panas yang lalu.
Draghi menjelaskan, dana untuk mengurangkan harga bahan api dan membantu keluarga membayar bil yang melambung tinggi akan digunakan daripada cukai tambahan keuntungan, susulan kenaikan harga bahan mentah.