Itali mungkin lanjut perintah berkurung hingga akhir tahun

Agensi
Julai 12, 2020 21:16 MYT
Giuseppe Conte memaklumkan lanjutan tarikh bagi memutuskan penularan COVID-19 di negara itu masih belum ditetapkan. Foto: Reuters
ITALI berkemungkinan akan melanjutkan perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada 31 Julai ini.
Namun, menurut Perdana Menterinya, Giuseppe Conte, lanjutan tarikh bagi memutuskan penularan COVID-19 di negara itu masih belum ditetapkan.
Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan negara itu, lanjutan tersebut berkemungkinan sehingga akhir tahun ini.
Sebelum ini, Itali mengumumkan keadaan darurat bermula 31 Januari lalu kemudian disusuli dengan perintah berkurung bemrula 10 Mac hingga 3 Mei lalu.
BACA: Perintah berkurung bukan bermakna keistimewaan Itali tidak boleh dinikmati
Ketika ini, Itali mencatatkan jumlah kumulatif kes positif 242,639 dengan 34,938 kematian.
#COVID-19 #darurat #Giuseppe Conte #Itali #perintah berkurung
;