Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli

Bernama
Julai 5, 2024 07:40 MYT
Institut Geofizik dan Vulkanologi Nasional (INGV) memaklumkan bahawa peningkatan aktiviti gunung berapi telah dikesan di Gunung Stromboli.- Gambar/ Reuters
ROME: Aktiviti gunung berapi di pulau selatan Itali, Stromboli mendorong pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap amaran daripada paras jingga kepada merah iaitu tahap amaran tertinggi pada Khamis.
Penduduk di kawasan terbabit digesa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Institut Geofizik dan Vulkanologi Nasional (INGV) memaklumkan bahawa peningkatan aktiviti gunung berapi telah dikesan di Gunung Stromboli.
Hanya beberapa ratus orang menetap di Stromboli.
Kebanyakan pelancong pergi ke sana dengan menaiki bot dari Sicily untuk mendaki gunung berapi yang setinggi lebih 920 meter.
-- BERNAMA
#Itali #gunung berapi #Stromboli #amaran tahap tertinggi