Itali bincang status ekonomi pasca COVID-19

Astro Awani
Jun 13, 2020 05:55 MYT
CONTE: Itali berpeluang memperbaharui ekonomi dan merangsang pertumbuhan pasca COVID-19. -Gambar fail
Itali berpeluang memperbaharui ekonomi dan merangsang pertumbuhan pasca COVID-19.
Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata demikian pada persidangan yang berlangsung selama seminggu dengan pegawai kerajaan, kesatuan dan wakil perniagaan untuk membincangkan pelancaran semula ekonomi Itali pada Sabtu.
Itali merupakan antara negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 menerima bantuan kewangan sebanyak 172 juta euro daripada dana pemulihan Kesatuan Eropah (EU) yang dijenamakan semula sebagai "EU generasi baharu."
Conte berkata kerajaannya tidak berniat memulihkan status quo masa lalu.
"Ini masanya untuk merancang program yang jelas, projek yang berani, dan bersama kita harus mengambil kesempatan mentransformasi krisis dan menghilangkan rintangan yang melambatkan pertumbuhan Itali dalam 20 tahun terakhir.
"Sumber dan peruntukan dana pemulihan, yang kini dijenamakan semula sebagai EU Generasi Baharu dan yang mendukung perjuangan Itali dengan kekuatan dan tekad, akan memainkan peranan penting dalam memulakan semula ekonomi Eropah dan mempertahankan rantaian nilai yang membentuk kerangka pasaran tunggal (Eropah)," kata Conte.
Pandangan beliau disokong oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang menekankan kepentingan Itali yang kuat pada terasnya.
#COVID-19 #EU generasi baharu #Giuseppe Conte #Itali #Kesatuan Eropah #koronavirus #memperbaharui ekonomi #merangsang pertumbuhan #pandemik #Ursula von der Leyen
;