Itali benarkan kapal persiaran kembali beroperasi

Agensi
Ogos 8, 2020 23:10 MYT
Perkara itu diumumkan Perdana Menterinya, Giuseppe Conte yang berpendirian tidak mahu mengenakan semula perintah sekatan di negara itu. - Reuters
Kapal persiaran di Itali kini dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Ogos.
Perkara itu diumumkan Perdana Menterinya, Giuseppe Conte yang berpendirian tidak mahu mengenakan semula perintah sekatan di negara itu.
Keputusan itu dibuat pada Jumaat sebagai langkah meningkatkan semula ekonomi sektor perlancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Meskipun terdapat kes positif yang melibatkan penumpang dan anak kapal di negara-negara Eropah yang lain.
Bagaimanapun, negara itu tidak melihat kes harian yang tinggi sejak akhir Mei.
Itali telah memperuntukkan kira-kira 600 juta Euro bagi merangsang industri restoran dan pertanian.
#COVID-19 #ekonomi #Giuseppe Conte #Itali #kapal persiaran #kes positif #koronavirus
;