Isyarat berkemungkinan dari kotak hitam pesawat EgyptAir dikesan

Agensi
Jun 1, 2016 11:37 MYT
Pengesanan isyarat daripada kotak hitam itu memberi harapan baharu dalam misi pencarian pesawat EgyptAir tersebut. - Gambar fail
Satu isyarat telah dikesan yang berkemungkinan daripada salah satu daripada kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean, lapor AFP pada Rabu memetik kenyataan kerajaan Mesir.
Isyarat itu dikesan kapal tentera laut Perancis menggunakan sistem pengesan akustik semasa misi pencarian pesawat Airbus A320 yang terhempas pada 19 Mei.
Kementerian Penerbangan Awam negara itu telah mengesahkan terdapat 66 orang di dalam pesawat malang itu.
Sebuah lagi kapal yang membawa robot penyelam untuk operasi pencarian di dasar laut juga dijadual tiba di lokasi dalam tempoh seminggu.
#EgyptAir #isyarat kotak hitam #nahas pesawat