Isu Ukraine: Bulgaria bertegas mahu penyelesaian diplomatik

Astro Awani
Januari 27, 2022 02:33 MYT
Kiril Petkov bercakap pada satu sidang media di Skopje, Utara Macedonia, 18 Jan 2022. (Foto fail AP)
PERDANA Menteri Bulgaria Kiril Petkov bertegas untuk adakan penyelesaian diplomatik bagi meredakan ketegangan di Ukraine.
Kabinetnya telah memutuskan untuk mengutamakan segala cara dari Bulgaria dalam mengurangkan konflik antara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Rusia.
Bercakap di Parlimen selepas mesyuarat krisis kerajaan pada Rabu, Petkov berkata risiko utama bagi Bulgaria adalah kebergantungan hampir sepenuhnya kepada gas asli Rusia dan bahan api untuk reaktor nuklearnya.
Susulan itu, Bulgaria dilihat harus mengambil langkah ke hadapan dalam membangunkan potensi pertahanannya sendiri dengan persediaan kumpulan pertempuran batalion tentera dan komando negara.
Bulgaria, merupakan negara eu termiskin yang menyertai NATO pada 2004.
Sejak itu, bulgara bergelut dalam menggantikan peralatan era Sovietnya dengan memperoleh aset ketenteraan terkini untuk mematuhi piawaian NATO dan meningkatkan keupayaan tentera.
Kata Petkov, matlamat negaranya bukan lagi hanya pengguna, tetapi rakan kongsi yang konstruktif dalam NATO.
Bagi menyokong aktiviti polis udara NATO di rantau ini, Sepanyol dijangka akan menghantar jet Eurofighter ke Bulgaria, yang akan digantikan dengan dua jet pejuang F-35 Belanda pada April, pada bulan hadapan.
Russia sebelum ini didakwa mengerahkan pasukan tenteranya ke kawasan sempadan negara itu dengan ukraine sehingga mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak, malah Moscow dikatakan mungkin menyerang Ukraine pada Februari.
Moscow juga menuntut ukraine, iaitu bekas negara Kesatuan Soviet, untuk tidak menyertai NATO serta pakatan lain bersama Amerika Syarikat sebagai balasan untuk mengurangkan ketegangan.
#bulgaria #penyelesaian diplomatik #NATO #Kiril Petkov