Isu senjata kimia di Syria - Perancis bakal runding bersama AS, Britain

Agensi
April 11, 2018 09:52 MYT
Seorang kanak-kanak disimbah dengan air di Hospital Douma, Syria pada 7 April selepas disyaki terkena bahan kimia. - Foto Reuters
Perancis akan berbincang bersama Amerika Syarikat dan Britain mengenai cara untuk bertindak balas terhadap serangan senjata kimia yang disyaki berlaku di Syria.
Menurut presiden Emmanuel Macron sebarang tindakan yang diambil akan menyasarkan senjata kimia yang dimiliki kerajaan Syria.
Ditanya adakah Perancis akan mengambil langkah ketenteraan sebagai tindak balas terhadap insiden yang berlaku di Douma, Macron berkata Perancis akan terus membincangkan maklumat teknikal dan strategik dengan sekutunya Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami akan membincangkan segala hasil perbincangan dalam masa terdekat,” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia sudah berhubung dengan presiden Donald Trump mengenai situasi semasa yang berlaku di Syria.
Selain itu, Macron sifatkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria merupakan sesuatu yang berada di luar batasan.
#Amerika Syarikat #Britain #Douma #Emmanuel Macron #Perancis #Syria
;