Isu kadar kelahiran: Elon Musk kata Jepun 'bakal lenyap'

Astro Awani
Mei 9, 2022 07:11 MYT
Susulan ciapan dari Musk, kemarahan dan sindiran ditujukan kepada Kerajaan Jepun, selepas ramai mendakwa tiada usaha yang dilakukan untuk menangani isu kadar kelahiran. - Gambar fail
TOKYO: Satu ciapan pengasas Tesla Inc, Elon Musk bahawa ‘jangka hayat Jepun akan berakhir’ jika tiada usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran, telah mengakibatkan kemarahan dan sindiran dari ramai pihak.
Namun kemarahan dan sindiran itu ternyata ditujukan kepada Kerajaan Jepun, selepas ramai mendakwa tiada usaha yang dilakukan untuk menangani isu tersebut.
Musk pada Ahad telah mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial media Twitter – “Berhadapan dengan risiko untuk menyatakan sesuatu yang sudah jelas, melainkan sesuatu dilakukan untuk meningkatkan kadar kelahiran berbanding kematian, Jepun akan lenyap. Ini bakal menjadi kehilangan besar untuk dunia”.

At risk of stating the obvious, unless something changes to cause the birth rate to exceed the death rate, Japan will eventually cease to exist. This would be a great loss for the world.

— Elon Musk (@elonmusk) May 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan itu merupakan respons beliau kepada sebuah artikel portal berita tentang bagaimana populasi Jepun telah menurun sebanyak 644,000, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat sekitar 125.5 juta tahun lepas.
Populasi di Negara Matahari Terbit itu telah memuncak pada 2008, dan terus menurun sejak itu dengan kadar kelahiran hanya sekitar 125 juta pada 2021. Meskipun kerajaan telah memberi amaran, tiada penyelesaian yang berkesan dilakukan untuk menangani isu tersebut.
Bagaimanapun, Jepun merupakan negara yang penting, menjadi ekonomi ketiga terbesar dunia, dan merupakan negara pangkalan kepada beberapa syarikat terkemuka dunia dari rangkaian pengeluar kereta sehingga pembuat permainan komputer.
Jepun juga merupakan antara negara penting dalam rangkaian pengeluar komponen semikonduktor.
Biarpun ramai mengkritik kenyataan Musk itu, namun pemerhati dari Jepun berkata situasi itu tidak memeranjatkan, malah mengakui bahawa Kerajaan Jepun tidak mengambil langkah yang sepatutnya, seperti mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak untuk memudahkan ibu yang bekerja.
#Elon Musk #Jepun #Twitter #kadar kelahiran