Isu Baitulmaqdis: Warga Arab Israel adakan bantahan di Tel Aviv
Agensi
Disember 12, 2017 05:02 MYT
Disember 12, 2017 05:02 MYT
Selepas perhimpunan dan bantahan besar dianjurkan oleh negara-negara Arab dan Islam, tiba giliran warga Arab di Israel pula mengadakan bantahan pada Selasa.
Tunjuk perasaan di Tel Aviv itu dihadiri ratusan warga berketurunan Arab Israel yang berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyuarakan bantahan bagi mengutuk pengyistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Trump pada Khamis mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.