Istiklal Avenue Istanbul dibuka kepada pejalan kaki selepas letupan

Bernama
November 14, 2022 18:00 MYT
Suspek yang meninggalkan bom di jalan sesak sering dikunjungi pembeli dan pelancong, telah ditahan. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Istiklal Avenue Istanbul dibuka semula kepada pejalan kaki selepas letupan maut pada Ahad yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 81 yang lain, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bangku telah dialihkan di jalan yang kini dikawal polis.
Suspek yang meninggalkan bom di jalan sesak yang sering dikunjungi pembeli dan pelancong, telah ditahan, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Isnin.
"Berdasarkan penilaian kami, suspek mendapat arahan untuk serangan ganas itu daripada Ayn al-Arab di utara Syria, di mana PKK/YPG mempunyai ibu pejabat Syrianya," kata beliau.
Pemimpin dunia mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye.
-- BERNAMA
#letupan Turkiye #letupan istanbul #Istiklal Avenue Istanbul #dibuka semula
;