Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat

Astro Awani
April 10, 2023 09:10 MYT
Charles dan Camilla dijadual meninggalkan Istana Buckingham dengan menaiki Diamond Jubilee State Coach berwarna hitam. - Foto AP
LONDON: Raja Charles III bercadang untuk mengambil jalan yang lebih dekat menuju ke Westmintser Abbey bagi menghadiri istiadat pertabalan baginda.
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953, kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Ahad.
Raja England itu turut bercadang untuk mengadakan upacara lebih sederhana termasuk beberapa langkah yang lebih moden.
Charles dan Camilla dijadual meninggalkan Istana Buckingham dengan menaiki Diamond Jubilee State Coach berwarna hitam dan ditarik oleh kuda yang dibina khas untuk ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth.
Walaupun upacara yang dijadual diadakan pada 6 Mei nanti akan menyantuni tradisi turun-temurun termasuk penggunaan alat kebesaran diraja, ia turut disertai emoji tersendiri.
Upacara tersebut turut menjadi yang pertama dalam era media sosial.
Istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II merupakan yang pertama disiarkan melalui televisyen 70 tahun lalu.
Walaupun perjalanan upacara itu dipendekkan kepada hanya 2 kilometer, ia tetap akan melalui Admiralty Arch dan kemudian ke Trafalgar Square serta bangunan Parlimen sebelum tiba di Westmintser Abbey pada jam 11 pagi.
#Raja Charles III #isitiadat pertabalan #Ratu Elizabeth II #Westmintser Abbey
;