Isteri pukul suami kerana beli-belah bersama kekasih

Sinar Harian
Oktober 14, 2022 07:30 MYT
Gambar menunjukkan pergaduhan antara si suami dengan isterinya di sebuah pasar di India pada Khamis. - Foto media sosial
NEW DELHI: Seorang isteri memukul suaminya selepas didapati membeli-belah di sebuah kedai bersama kekasih di pasar Ghaziabad yang sibuk di Uttar Pradesh pada Khamis.
Kejadian berlaku selepas wanita itu berjaya mengesan suaminya dan menyerbu kedai tersebut bersama dua lagi wanita lain.
Apabila kekasih suaminya itu cuba menolong, dia juga dipukul oleh rakan wanita tersebut, lapor India Today.
Rakaman video kejadian itu tular di media sosial.
Sejumlah orang berkumpul untuk menonton kejadian itu tetapi tiada siapa yang berani masuk campur bagi meleraikan perbalahan tersebut.
Seorang pekedai kedengaran menjerit perkataan keluar dalam bahasa Hindi sekali gus menggesa wanita itu untuk menyambung perbalahan tersebut di luar kedainya.
Kejadian itu berlaku pada perayaan Karwa Chauth.
Perayaan itu disambut dengan golongan wanita yang sudah berkahwin berpuasa sepanjang hari dan berdoa untuk kesejahteraan suami mereka mengikut agama Hindu.
Polis kini sedang menyiasat kejadian tersebut. - Sinar Harian memetik laporan agensi
#Isteri pukul suami #Kekasih #pasar #membeli-belah
;