Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19

Agensi
Ogos 16, 2022 23:23 MYT
Jill Biden sebelum ini pernah mendapat dua suntikan vaksinasi COVID-19, dos penggalak serta menerima ubat antiviral, Paxlovid. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Wanita Pertama yang juga isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif COVID-19 pada Selasa.
White House memaklumkan, beliau disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak mereka di South Carolina.
Menurut laporan AP, beliau bagaimanapun hanya mengalami simptom ringan sejak Isnin.
Jill sebelum ini pernah mendapat dua suntikan vaksinasi COVID-19, dos penggalak serta menerima ubat antiviral, Paxlovid.
Ujian saringan antigen yang dilakukan oleh Jill menunjukkan keputusan negatif.
Bagaimanapun ujian saringan RT-PCR menunjukkan keputusan yang sebaliknya.
Presiden Joe Biden yang menjadi kontak rapat kepada isterinya turut melakukan ujian saringan pada hari yang sama dan disahkan negatif COVID-19.
Jill akan menjalani kuarantin di South Carolina sebelum kembali ke Washington setelah dua ujian saringan yang dilakukan dalam hari mendatang menunjukkan keputusan negatif, menurut jurucakapnya Elizabeth Alexander.
#Jill Biden #wanita pertama #COVID-19 #White House
;