Isteri potong kemaluan suami kerana terlalu asyik main golf
Kohilah Sekaran
September 4, 2017 15:50 MYT
September 4, 2017 15:50 MYT
SEORANG wanita di Korea Selatan dilapor memotong kemaluan suaminya kerana menghabiskan terlalu banyak masa bermain golf, lapor media antarabangsa.
The Sun melaporkan wanita berusia 50 tahun itu menyerang suaminya dengan pisau dapur ketika dia sedang tidur.
Si isteri yang hanya dikenali sebagai 'Mrs Kim' itu kemudian membuang organ tersebut ke dalam tandas.
Jiran yang terdengar bunyi mengerang dari dalam rumah mendapati lelaki itu terbaring di lantai dalam keadaan kesakitan, lapor The Jeju Weekly.
Mereka kemudian memaklumkan insiden itu kepada pihak polis.
Mrs Kim dilapor mengaku bersalah kepada polis, malah menyatakan bahawa dia melakukan perkara itu kerana suaminya sering mengabaikannya.
Wanita itu turut mendakwa suaminya sebelum ini pernah berkelakuan ganas terhadapnya.
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di China.