Isteri kelar muka suami kerana tinggal bau busuk di tandas

AFP
April 13, 2015 16:25 MYT
Seorang wanita Jepun didakwa menyerang suaminya dengan pisau dapur kerana meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di tandas selepas menggunakannya. -Gambar fail
Seorang wanita Jepun didakwa menyerang suaminya dengan pisau dapur kerana meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di tandas selepas menggunakannya.
Emi Mamiya, 29, ditahan kerana cubaan membunuh setelah dilaporkan mengelar muka suaminya yang berusia 34 tahun dengan pisau, menurut polis.
Kemarahan Mamiya dilaporkan semakin meluap apabila suaminya cuba pula membantu anak lelaki mereka berusia 3 tahun untuk menggunakan tandas tanpa membasuh tangannya dahulu, lapor AFP.
“Tandas itu berbau terlalu busuk hinggakan anak saya tidak dapat menggunakannya,” kata Mamiya.
#bau busuk #emi mamiya #guna tandas #kelar muka suami #marah #wanita jepun
;