Isteri histeria apabila tahu suami rogol anak ketika keluar mengemis

Astro Awani
Januari 15, 2018 14:06 MYT
Mangsa turut dirogol bapa kandungnya itu berulang kali sejak berusia 13 tahun ketika ibunya tidur. -Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan setelah didakwa memperkosa anak perempuannya selama dua tahun ketika isterinya keluar mengemis.
Malah, mangsa turut dirogol bapa kandungnya itu berulang kali sejak berusia 13 tahun ketika ibunya tidur.
Suspek dilaporkan merogol anaknya kali terakhir pada Disember tahun lalu.
Suspek Eko Sulistiono, 40 tahun, yang tinggal di Marangkayu, Kutai Kartanegara, turut didakwa mengancam anaknya agar merahsiakan perlakuan keji itu.
Kes itu bagaimanapun terbongkar juga apabila mangsa menceritakan insiden hitam tersebut kepada rakannya.
Suspek kemudian ditahan di rumahnya pada Khamis.
Ketika ditahan, suspek langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan.
Menurut laporan media, suspek yang menganggur ada kalanya dilihat keluar mengemis bersama isterinya yang menggendong anak kecil mereka.
Peluang yang ada ketika isterinya tiada di rumah itu digunakan suspek untuk melampiaskan nafsu terhadap darah dagingnya sendiri.
Sementera itu, ibu mangsa dilapor hampir pengsan dan histeria apabila dimaklumkan tentang kejadian oleh pihak berkuasa kerana tidak menyangka suaminya tergamak menodai anaknya sendiri.
Mangsa dan ibu kandungnya kini ditempatkan di Mapolsek Marangkayu kerana tiada tempat tinggal selain memudahkan pihak berkuasa memberikan kaunseling.
#bapa rogol anak #Eko Sulistiono #Kutai Kartanegara #Mapolsek Marangkayu #perkosa #rogol #rogol anak sendiri
;