Istanbul haramkan perbuatan hisap shisha di tempat awam

Bernama
Julai 6, 2023 10:10 MYT
Pihak berkuasa Istanbul pada Rabu menguatkuasa larangan menghisap shisha di tempat awam sehingga diberitahu kelak. - Foto fail/BERNAMA
ISTANBUL: Pihak berkuasa Istanbul pada Rabu menguatkuasa larangan menghisap shisha di tempat awam sehingga diberitahu kelak.
Gabenor Istanbul dalam kenyataan bertulis memaklumkan, larangan itu dikeluarkan untuk mengurangkan risiko kebakaran hutan dan potensi bahaya lain.
"Larangan menghisap shisha akan dikuatkuasa di pelbagai lokasi, termasuk pantai, hutan, kawasan rekreasi dan taman di seluruh Istanbul
"Bagaimanapun, lounge shisha berlesen yang beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan tidak terjejas hasil larangan ini," kata Gabenor Davut Gul dalam ciapan di Twitternya, lapor Xinhua.
Menghisap hookah sangat popular terutama di kalangan anak muda dan warga asing di Istanbul. - BERNAMA
#Istanbul #menghisap shisha diharamkan #Gabenor Istanbul #Gabenor Davut Gul
;