Israel, UAE tandatangan perjanjian untuk tingkat ekonomi
Bernama
Mac 27, 2023 15:43 MYT
Mac 27, 2023 15:43 MYT
ANKARA: Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad menandatangani perjanjian kastam untuk meningkatkan hubungan perniagaan, perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua pihak.
Dalam satu kenyataan di Twitter, duta UAE ke Israel, Mohamed Al-Khaja berkata, beliau dan Menteri Luar Israel Eli Cohen menandatangani perjanjian kerjasama kastam di hadapan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Israel-UAE yang ditandatangani pada Mei tahun lalu di Dubai, akan dikuat kuasa susulan pemeteraian dokumen itu, lapor Agensi Anadolu.
"Kami menjangkakan perjanjian ini akan merancakkan perdagangan, meningkatkan taraf hidup, dan menurunkan kos barangan," kata Al-Khaja.
Pada 2020, UAE dan Israel menandatangani perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat.
Sejak itu, pegawai tertinggi kedua-dua pihak telah bertukar lawatan dan menandatangani beberapa perjanjian dua hala.
--BERNAMA-ANADOLU