Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin

Astro Awani
Oktober 30, 2024 19:21 MYT
Israel telah jalankan kempen selama 76 tahun untuk meruntuhkan PBB, merosakkan piagam dan objektif organisasi tersebut, serta menghalang sebarang sekatan dalam rancangannya untuk membantai serta memindahkan rakyat Palestin secara paksa. -Gambar fail
GAZA: Kementerian Luar Palestin mengutuk apa yang mereka sebut sebagai "kempen kekerasan berterusan" terhadap PBB dan kakitangannya, termasuk pelapor khas hak asasi manusia di wilayah yang diduduki, Francesca Albanese.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar Palestin mengutuk kempen kekerasan berterusan Israel terhadap PBB dan kakitangannya, termasuk pelapor khas hak asasi manusia, Francesca Albanese.
  • Israel telah melakukan kempen selama 76 tahun untuk meruntuhkan PBB dan menghalang sebarang sekatan terhadap rancangannya memindahkan rakyat Palestin secara paksa, kata Kementerian Luar Palestin.
  • Israel dilabel sebagai "pelanggar bersiri Piagam PBB" dan tidak layak menjadi anggota komuniti antarabangsa kerana tindakan mereka di Gaza.
  • Negara Palestin menyeru semua Negara Anggota PBB untuk menunaikan kewajipan mereka dan mengecam serangan terkoordinasi yang melindungi Israel.
  • Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese dalam konteks pembentangan laporan beliau kepada Perhimpunan Agung PBB.

Menurut kenyataan kementerian di X, Israel telah menjalankan kempen selama 76 tahun untuk meruntuhkan PBB, merosakkan piagam dan objektif organisasi tersebut, serta menghalang sebarang sekatan dalam rancangannya untuk membantai serta memindahkan rakyat Palestin secara paksa, dan melaksanakan rancangan kolonial dan supremasi mereka.

The State of Palestine condemns in the strongest terms the continued violent campaign against the United Nations, its agencies, its officials and personnel, including Special Rapporteur on the situation of human rights in oPt, Francesca Albanese. Israels 76 years campaign to pic.twitter.com/D2QLdlGNGp

— State of Palestine - MFA (@pmofa) October 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kementerian itu juga menambah bahawa Israel adalah "pelanggar bersiri Piagam PBB dan tidak layak menjadi anggota komuniti antarabangsa" kerana terus mengalihkan perhatian masyarakat global daripada pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
"Israel, sebagai kuasa penjajah, adalah pelanggar bersiri Piagam PBB dan tidak layak menjadi anggota komuniti antarabangsa.
"Negara Palestin menyeru semua Negara Anggota untuk menunaikan kewajipan mereka.
"Beberapa Negara Anggota yang memilih untuk menyertai Israel dalam kempen mereka terhadap PBB dan pembela hak asasi manusia melanggar kewajipan mereka terhadap PBB dan menyembunyikan keterlibatan mereka dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.
"Negara Palestin mengecam serangan terkoordinasi mereka untuk melindungi Israel.
"Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB," tulis kenyataan itu lagi.
#Israel #Francesca Albanese #Benjamin Netanyahu #Mahkamah Keadilan Antarabangsa
;