Israel "tidak bertanggungjawab" letupan hospital di Gaza, kata Presiden Amerika

Agensi
Oktober 20, 2023 09:20 MYT
Presiden Joe Biden mempertahankan sekutunya dengan mendakwa Israel "tidak bertanggungjawab" dengan letupan hospital di Gaza yang berlaku beberapa hari lalu. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengakui, beliau ‘bersedih’ dengan letupan hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa rakyat Palestin.
Bagaimanapun, dalam masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mempertahankan sekutunya dengan mendakwa Israel “tidak bertanggungjawab” dengan letupan yang berlaku beberapa hari lalu.
"Saya berasa sedih dengan kehilangan nyawa Palestin yang tragis, termasuk letupan di hospital di Gaza, yang bukan dilakukan oleh pihak Israel," katanya dalam kenyataan yang dibuat beliau hari ini.
"Kita bersedih atas setiap nyawa yang hilang. Kita tidak boleh mengabaikan kemanusiaan rakyat Palestin yang hanya ingin hidup dalam aman dan mempunyai peluang." - CNN
#Perang Palestin-Israel #letupan hospital Gaza #Israel tidak bertanggungjawab #Presiden Amerika Syarikat
;