Israel 'tidak berhak untuk bercakap mengenai undang-undang,' kata Turki
Agensi
November 15, 2023 07:20 MYT
November 15, 2023 07:20 MYT
ISTANBUL: Kerajaan Turki membidas Israel dalam episod terbaharu pertikaian umum antara kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan, Kementerian Luar Negeri Turki menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Israel, Eli Cohen cuba "menutup jenayah yang dilakukan mereka sendiri" dengan menyerang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Pihak berkuasa Israel, yang sudah kehilangan legitimasi mereka dalam pandangan moral kemanusiaan, tidak akan dapat menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan dengan mengebom hospital dan membunuh wanita dan kanak-kanak secara terang-terangan di mata dunia," kata kementerian itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Cohen dan Netanyahu berkata, mereka tidak akan membenarkan Erdogan untuk memberi ‘ceramah’ kepada Israel mengenai tingkah laku mereka di Gaza.
Pemimpin Turki itu sebelum itu menggelarkan Israel sebagai "negara pengganas" dan menyatakan pemimpin Israel sepatutnya didakwa melakukan jenayah perang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda. - Agensi