Israel terus mengganas di Lubnan, 95 maut, 172 cedera dalam tempoh 24 jam

Agensi
September 30, 2024 07:00 MYT
Israel melancarkan serangan di selatan Lubnan seperti yang dilihat dari utara Israel pada Isnin. - Gambar AP
BEIRUT: Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Dalam masa sama, 172 mangsa lain mengalami kecederaan, kata kementerian itu.
Serangan udara dilancarkan Israel di bandar Beirut pada awal pagi Isnin, kali pertama serangan berlaku dalam sempadan bandar ibu negara Lubnan sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Sehingga kini, serangan udara Israel ke atas Beirut tertumpu di bahagian selatan bandar itu iaitu kawasan yang padat dengan penduduk dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Syiah yang juga kubu kuat Hezbollah. - Agensi
#Israel serang Lubnan #letupan lubnan #Hezbollah #jumlah kematian
;