Israel terus mengganas, 50 terbunuh dalam serangan kem pelarian Jabalya

Agensi
Oktober 31, 2023 06:00 MYT
Beginilah kemusnahan yang berlaku di kem pelarian Jabalya selepas diserang oleh Israel pada Selasa. Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan itu. - Gambar REUTERS
GAZA: Sekurang-kuranganya 50 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu zionis Israel ke atas kem pelarian terbesar, Jabalya di Semenanjung Gaza pada Selasa.
Dalam masa sama, ratusan lagi mangsa dilaporkan cedera dalam serangan yang memusnahkan penempatan yang sarat dengan pelarian Palestin.
Pengarah di sebuah hospital berdekatan iaitu Hospital Indonesia berkata, apa yang turut membimbangkan ialah jumlah korban akan terus meningkat.
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan berkenaan dilancarkan dengan mendakwa, sasaran mereka ialah komander Hamas.
Tentera Israel mendakwa, mereka berjaya menawan Ibrahim Biari - pemimpin Hamas yang mengetuai serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, kata jurucakap Leftenan Kolonel Richard Hecht.
Hamas, bagaimanapun, menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan bahawa IDF telah menawan pemimpin pasukan pejuang itu, tegas jurucakapnya, Hazem Qassem.
Kem pelarian Jabalya terletak di utara Gaza - kawasan di mana Israel telah memaksa kesemua pelarian itu mengosongkannya demi keselamatan. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #kem pelarian Jabalya #Israel terus mengganas #Hamas
;