Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu

Agensi
Oktober 3, 2024 07:00 MYT
Imej menunjukkan letupan di pinggir bandar selatan Beirut selepas serangan udara oleh tentera Israel. - Gambar Reuters
BEIRUT: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan Lubnan.
Jumlah tersebut merangkumi sembilan kematian dan 24 kecederaan di Beirut susulan beberapa serangan dilakukan semalaman, termasuk satu di tengah bandar.
Media antarabangsa melaporkan, letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Turut dilaporkan, kawasan di luar Lapangan Terbang Beirut turut diserang oleh tentera Zionis.
Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyeru orang awam berhampiran dua bangunan di pinggir selatan Beirut untuk melarikan diri dan mencari tempat perlindungan. - Agensi
#Israel mengganas #letupan di Lubnan #Israel serang Lubnan #Lapangan Terbang Beirut
;