Israel tarik sekatan ke atas pelancong Indonesia
Sinar Harian
Jun 28, 2018 11:11 MYT
Jun 28, 2018 11:11 MYT
Israel pada Rabu menarik balik larangan kemasukan rakyat Indonesia ke wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Israel.
Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, susulan itu sekatan perjalanan ke atas warga Israel ke Indonesia turut dibatalkan.
Pada 9 Jun lalu, Tel Aviv mengharamkan kemasukan pelancong Indonesia ke wilayah Palestin, sebagai tindak balas terhadap langkah Jakarta menggantung pengeluaran visa kepada warga Israel, berikutan kekejaman yang berlaku di Gaza sejak 30 Mac lalu.
Kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik, tetapi Tel Aviv dan Jakarta mengekalkan hubungan ekonomi, membolehkan warga Israel melawat Indonesia menggunakan visa perniagaan atau visa sementara.
Setiap tahun, ribuan umat Islam, termasuk rakyat Indonesia memasuki Israel untuk melawat Masjid al-Aqsa, menggunakan visa khas.
Rakyat Indonesia memberi sokongan kuat kepada Palestin, dengan menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran awal bulan lalu sebagai membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis. - Middle East Monitor
#Gaza
#Indonesia
#Islam
#Israel
#Jakarta
#Kementerian Luar
#Palestin
#pelancong
#sekatan perjalanan
#Visa