Israel sudah kehilangan kuasa moral - Ahli Parlimen UK

Agensi
Disember 19, 2023 00:00 MYT
Alicia Kearns, ahli kanan Parti Konservatif yang memerintah United Kingdom (UK) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat memberitahu BBC bahawa "Israel telah kehilangan kuasa moralnya."
LONDON: Alicia Kearns, ahli kanan Parti Konservatif yang memerintah United Kingdom (UK) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat memberitahu BBC bahawa "Israel telah kehilangan kuasa moralnya."
Kearns berkata: "Undang-undang kemanusiaan antarabangsa pada pandangan saya telah dilanggar" dan Israel telah "melangkaui pertahanan diri."
Bahkan tegas Kearns, beliau "sangat tidak selesa" UK telah berkecuali dalam undian utama di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) "kerana kita perlu mendapatkan pernyataan yang betul."
Sehubungan itu, Kearns akan terus bersuara dan menyeru supaya pertempuran dihentikan selain menyataka keperluan melakukan gencatan senjata yang baharu. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #Israel hilang kuasa moral #ahli parlimen UK #Alicia Kearns