Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza

Astro Awani
April 22, 2024 07:45 MYT
Serangan udara di Rafah, tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Beberapa khemah pelarian Palestin di kem pelarian Rafah menjadi sasaran serangan udara oleh Israel pada Isnin.
Penduduk Palestin berkata bahawa serangan udara Israel di Rafah, tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza, menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
Saksi berkata bahawa seorang penduduk Rafah menerima panggilan amaran daripada tentera Israel memintanya memberitahu orang ramai meninggalkan kawasan itu kerana pesawat perang bersedia untuk menyerang.
Peperangan menyebabkan kebanyakan 2.3 juta penduduk di Palestin kehilangan tempat tinggal.
Manakala lebih 1 juta rakyatnya kini tinggal di pusat perlindungan atau di dalam khemah dan kotak kadbod di kawasan paling selatan, Rafah bersempadan dengan Mesir.
#serangan udara #Rafah #Israel #Gaza
;