Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB

Bernama
Julai 17, 2024 03:50 MYT
Gambar fail barisan lori nmembawa bantuan berhampiran Hebron. PBB melaporkan pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza. -Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.
"Pihak berkuasa Israel masih tidak membenarkan penghantaran minyak yang diperlukan kepada petugas kemanusiaan, oleh itu pengagihan makanan terjejas," lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
Dujarric berkata bahawa "satu serangan berlaku 100 meter dari pusat operasi bantuan kemanusiaan dijalankan di Deir al-Balah."
Beliau menegaskan meskipun berdepan situasi getir, operasi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan.
-- BERNAMA
#Gaza #Israel #PBB #halang penghantaran minyak