Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Bernama
Jun 17, 2022 11:43 MYT
Jun 17, 2022 11:43 MYT
MOSCOW: Israel secara rahsia menyelaraskan majoriti serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish, lapor Sputnik.
Menurut laporan Sputnik yang memtik The Wall Street Journal, penyelarasan itu bertujuan menghalang operasi Israel daripada bercanggah dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Amerika Syarikat memberi perhatian khusus kepada serangan Israel berhampiran pangkalan tentera At Tanf, yang merupakan kubu kuat AS berhampiran sempadan Syria-Jordan.
Israel melakukan serangan ke atas Syria dari semasa ke semasa, dengan mengatakan operasinya bertujuan menentang kehadiran tentera Iran di republik Arab itu. Damsyik mengutuk serangan sedemikian sebagai pencabulan kedaulatan negara Syria.
--BERNAMA
TAG: Israel, serangan udara, Syria, AS