Israel samakan Iran dengan Nazi, ganas dan ekstrem

Astro Awani
April 14, 2024 06:50 MYT
Erdan berkata Iran mendominasi dunia dengan mengeksport revolusi radikal Syiah ke seluruh dunia. - Foto fail/AP
NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan tegaskan mereka hanyalah salah satu mangsa serangan Iran, kerana menuduh mereka telah terlibat dalam beberapa siri keganasan terhadap negara lain juga.
Dalam ucapannya di mesyurat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Erdan berkata Iran mendominasi dunia dengan mengeksport revolusi radikal Syiah ke seluruh dunia.
Baginya, mereka saling tidak tumpah seperti Reich Ketiga iaitu rejim Nazi di Jerman.
Israel dalam kenyataan selama 15 minit mendakwa mereka hanyalah sekadar mangsa.
Manakala Iran pada pandangan mereka adalah pihak yang bertanggungjawab yang menyebarkan 'keganasan' bukan sahaja, pada pandangan mereka, di Israel tetapi di bahagian dan rantau lain di dunia juga.
Baginya kejadian malam sebelumnya menjadi bukti kepada dunia apabila amaran Israel sebelum ini terhadap kekejaman Iran tidak dihiraukan.
Justeru Israel menjangkakan PBB akan mengenakan lebih banyak sekatan dan duta Israel berkata langkah perjanjian nuklear JCPOA harus dilaksanakan segera.
Beliau juga mahu pasukan Pengawal Revolusi Islam diwartakan sebagai "organisasi pengganas".
#Israel #Iran #Nazi #Adolf Hilter
;