Israel sahkan serangan di Rafah, dakwa sasaran di lokasi penempatan Hamas

Astro Awani
Mei 27, 2024 09:00 MYT
Mereka mendakwa serangan itu dilakukan ke atas sasaran sah di bawah undang-undang antarabangsa, menggunakan peluru tepat dan berdasarkan maklumat tepat yang menunjukkan kawasan itu diduduki pejuang Hamas. - Gambar fail/REUTERS
TENTERA Israel mengumumkan pihaknya telah melakukan serangan tepat ke atas kawasan kem pejuang Hamas di bandar selatan Gaza, Rafah pada Ahad.
Pihak Israel memaklumkan sedang menyemak semula kejadian itu susulan laporan bahawa serangan menyebabkan kebakaran dan penduduk awam tercedera.
Mereka mendakwa serangan itu dilakukan ke atas sasaran sah di bawah undang-undang antarabangsa, menggunakan peluru tepat dan berdasarkan maklumat tepat yang menunjukkan kawasan itu diduduki pejuang Hamas.
Pada masa sama, tentera Pertahanan Israel memaklumkan insiden itu sedang dikaji semula.
"Menyedari laporan yang menunjukkan bahawa, ]akibat daripada serangan dan kebakaran yang berlaku, beberapa penduduk awam di kawasan itu cedera, kejadian itu sedang dikaji semula," katanya.
#Israel #Hamas #serangan rafah #Gaza
;