Israel perlu dibicarakan di ICC - Erdogan

Astro Awani
Disember 8, 2023 06:40 MYT
Erdogan menambah, tindakan negara barat mendiamkan diri kerana malu dan membenarkan Israel menggunakan alasan mereka mangsa pembunuhan besar-besaran. - Foto AP
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan meneruskan kecaman keras ke atas tindakan Israel di Gaza.
Beliau juga mengulangi kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sepatutnya dibicarakan sebagai penjenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), The Hague.
"Israel membunuh dan terus membunuh bukan sahaja wanita dan kanak-kanak di Gaza, tetapi anggota media yang menjalankan tugas mereka di bawah situasi yang sukar.
"Mereka ini, termasuk Netanyahu dan mereka yang menyokongnya adalah bersalah. Mereka adalah pengganas yang menyokong keganasan, dan perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC," katanya.
Erdogan menambah, tindakan negara barat mendiamkan diri kerana malu dan membenarkan Israel menggunakan alasan mereka mangsa pembunuhan besar-besaran.
#Recep Tayyip Erdogan #Israel #Gaza #Mahkamah Jenayah Antarabangsa
;