Israel, Palestin setuju adakan genjatan senjata

Bernama
Mei 14, 2023 11:04 MYT
Kumpulan Israel dan Palestin di Gaza pada Sabtu bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan Mesir dan ditetapkan berkuat kuasa pada 10 malam waktu tempatan. - Gambar BERNAMA
ANKARA: Kumpulan Israel dan Palestin di Gaza pada Sabtu bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan Mesir dan ditetapkan berkuat kuasa pada 10 malam waktu tempatan (1900GMT), lapor Anadolu Agensi.
"Memandangkan persetujuan kedua-dua pihak, Mesir mengumumkan gencatan senjata antara Palestin dan pihak Israel telah dicapai.
"Oleh itu, kedua-dua pihak mematuhi gencatan senjata, termasuk perobohan rumah dan penamatan menyasarkan individu dan orang awam dengan serta-merta apabila gencatan senjata berkuat kuasa," memetik teks perjanjian itu.
Bercakap kepada saluran berita Al Jazeera, pemimpin kanan Jihad Islam, Mohammed Al-Hindi, mengesahkan persetujuan kumpulannya terhadap perjanjian itu dan memuji usaha Mesir untuk mencapai perjanjian itu.
Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza sejak Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. - BERNAMA
#Israel #Palestin #gencatan senjata #Mohammed Al-Hindi
;