Israel negara pertama di luar AS miliki F-35

Sinar Harian
Mei 23, 2018 09:14 MYT
Israel menempah 50 pesawat pejuang kalis radar F-35 buatan AS. - Foto Israel Defense Forces / Sinar Harian
Israel menjadi negara pertama di luar Amerika Syarikat (AS) yang memiliki dan menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan AS dalam peperangan, menurut ketua tentera udara, Amikam Norkin semalam.
“Kami menerbangkan F-35 di seluruh rantau Asia Barat dan melancarkan serangan di dua lokasi berbeza,” katanya yang dipetik media ketika berucap di hadapan ketua tentera udara dari 20 negara yang mengadakan persidangan di Israel.
Dikenali dengan nama ‘Adir’ dalam bahasa Hebrew, yang bermaksud berkuasa, ia merupakan buatan syarikat Lockheed Martin Corp.
Pada Disember 2016, Israel menerima dua pesawat daripada 50 yang ditempah dan sembilan pesawat sudah diterima setakat ini.
Israel sebelum ini memberitahu ia melancarkan beberapa serangan udara di Syria terhadap kemudahan atau penghantaran senjata dari Iran kepada kumpulan Hezbollah di Lubnan. - Agensi
#Amerika Syarikat #Amikam Norkin #F-35 #Israel #jet pejuang #kalis radar #perang #pesawat #serangan #Syria #tentera
;