Israel minta AS bekal sistem pertahanan peluru berpandu canggih - Laporan

Astro Awani
Oktober 15, 2024 09:20 MYT
Pentagon mengumumkan akan menempatkan bateri THAAD ke Israel dengan kira-kira 100 tentera AS untuk mengendalikan sistem itu. - Foto fail/REUTERS
ISRAEL meminta sistem pertahanan peluru berpandu canggih daripada sekutunya, Amerika Syarikat (AS) beberapa minggu lalu, menurut dua sumber kepada CNN.
Permintaan ini dibuat selepas Pentagon mengumumkan pada Ahad bahawa ia akan menempatkan bateri Terminal High-Altitude Area Defense (THAAD) ke Israel dengan kira-kira 100 tentera AS untuk mengendalikan sistem itu.
AS ketika ini hanya mempunyai tujuh sistem THAAD dalam inventorinya, menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres.
AS telah menempatkan bateri THAAD ke Asia Barat sejurus selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, walaupun Pentagon enggan menyatakan lokasi sebenar sistem itu akan ditempatkan.
Pegawai pertahanan berkata, permintaan itu dibuat sekurang-kurangnya seawal serangan Israel yang membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah pada 27 September lalu.
Pembunuhan Hassan Nasrallah berlaku beberapa hari sebelum Iran melancarkan lebih daripada 180 peluru berpandu balistik ke Israel pada 1 Oktober.
Walaupun banyak peluru berpandu telah dipintas, beberapa peluru berpandu telah menembusi rangkaian pertahanan udara Israel. - CNN
#Israel #peluru berpandu #THAAD #Hezbollah
;