Israel mengaku tersalah tembak pelancong
Agensi
Oktober 19, 2015 09:08 MYT
Oktober 19, 2015 09:08 MYT
Polis Israel mengaku tersalah menembak seorang pelancong asing selepas satu insiden serangan ke atas stesen bas yang berlaku di Beersheba.
Menurut Komander Polis Yoram Halevy, pada mulanya polis beranggapan pelancong itu merupakan salah seorang penyerang sebelum mendakwa secara tidak sengaja mencederakannya.
Jelasnya lagi, insiden itu masih lagi dalam siasatan.
Menurut media Israel, lelaki yang ditembak itu merupakan warga Eritrea.
Sebelum ini seorang warga Israel maut dan beberapa orang cedera dalam satu serangan ke atas sebuah stesen bas.
Halevy berkata penyerang di stesen bas terbabit membawa sebilah pisau dan sepucuk pistol sebelum merampas sepucuk lagi pistol daripada salah seorang mangsa mereka.
Sementara itu, Komander Keselamatan Negev Itzik Elfassi berkata, van ambulan tiba di lokasi sejurus beberapa das tembakan dilepaskan.
"Berlaku satu serangan tembak menembak di stesen bas dan sejurus selepas itu beberapa buah ambulan tiba di tempat kejadian bagi merawat tujuh yang cedera selain dua orang disyaki pengganas telah ditahan," kata Itzik.