Israel lengkapkan siasatan serangan ke atas petugas WCK
Astro Awani
April 4, 2024 06:45 MYT
April 4, 2024 06:45 MYT
TEL AVIV: Tentera Israel mengesahkan sudah melengkapkan siasatan berhubung serangan ke atas petugas World Central Kitchen (WCK).
Jurucakapnya, Daniel Hagari memaklumkan laporan siasatan itu akan didedahkan kepada umum selepas dikemukakan kepada Ketua Turus Tentera dan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan.
"Kami menyiasat insiden ini dengan mendalam dan bebas dan laporan ini akan dikemukakan kepada Ketua Turus Kakitangan, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
"Kami juga akan mengemukakan laporan ini kepada kedutaan yang terlibat serta anggota WCK, kami akan mendedahkan laporan ini dengan telus tidak lama lagi," katanya.
Israel pada Khamis akui akan mengubah strategi perang selepas insiden serangan ke atas petugas WCK yang disifatkan sebagai kesilapan besar.
Serangan tersebut mencetuskan kemarahan block barat, kerana menyebabkan petugas WCK dari beberapa negara termasuk Australia, Britain, Poland dan Amerika Syarikat.
Pengasas WCK Jose Andres mendakwa konvoi bantuan mereka dijadikan sasaran strategik serangan, ketika Israel maklum berkenaan operasi mereka.
Sehingga kini 196 pekerja bantuan terbunuh di Gaza sejak perang tercetus Oktober tahun lalu.