Israel lancar serangan udara di utara Syria

Bernama
November 9, 2024 15:45 MYT
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di Aleppo dan Idlib sekitar 12.45 pagi waktu tempatan. -Gambar fail
ANKARA: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di utara Syria, termasuk di Aleppo dan Idlib, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Syria (SANA).

Ringkasan AI
  • Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di Aleppo dan Idlib sekitar 12.45 pagi waktu tempatan.
  • Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
  • Serangan ini menyoroti ketegangan serantau yang berterusan, dengan Israel kerap menyasarkan kumpulan yang disokong Iran dan posisi ketenteraan Syria sejak perang saudara meletus pada 2011.

SANA melaporkan bahawa serangan berlaku sekitar 12.45 pagi waktu tempatan (2145GMT), dengan beberapa lokasi di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo diserang oleh pasukan Israel.
Sumber tentera Syria memaklumkan bahawa daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
Meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Israel mengenai serangan ini, operasi ketenteraan Israel di Syria berlanjutan sejak perang saudara meletus pada 2011.
Israel kerap menyasarkan kumpulan yang disokong Iran dan posisi ketenteraan Syria.
Serangan udara terbaru ini menyerlahkan ketegangan serantau yang berterusan serta tindakan ketenteraan Israel yang berlanjutan di Lubnan dan Syria.
-- BERNAMA
#Aleppo #Syria #Israel #serangan udara
;