Israel lancar serangan darat pertama ke atas Gaza, lapor radio awam

Astro Awani
Julai 13, 2014 05:17 MYT
Penduduk Israel menyaksikan serangan ke atas Palestin dari atas sebuah bukit yang mempunyai pemandangan Semenanjung Gaza. -AFP PHOTO / MENAHEM KAHANA
Komando laut Israel melancarkan serangan darat semalam di Semenanjung Gaza buat pertama kali sejak serangan terhadap Hamas dimulakan, lapor radio awam Israel pada awal Ahad.
Serangan singkat itu disasarkan ke lokasi pelepasan roket.
Cawangan tentera Hamas mengesahkan tembak menembak berlaku dengan beberapa pejuang Palestin.
Seorang jurucakap tentera kemudian mengesahkan empat tentera Israel cedera ringan ketika operasi berlangsung.
“Tembak menembak tercetus ketika misi, yang dimulakan oleh pengganas di lokasi serangan, di mana empat tentera Israel tercedera,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai operasi itu.
Briged Ezzedine al-Qassam, yang merupakan sayap tentera Hamas mengesahkan tembak menembak berlaku antara pejuangnya dan tentera Zionis yang cuba untuk memasuki zon Sudanyia di barat laut Gaza.
Ini merupakan serangan darat pertama di Gaza oleh tentera Israel sejak serangan dilancarkan pada Selasa.
#Gaza #Hamas #Israel #Palestin #Zionis