Israel, Hezbollah berbalas tembakan merentasi sempadan

Agensi
Oktober 6, 2024 06:45 MYT
Sistem pertahanan udara Iron Dome Israel melepaskan tembakan untuk memintas roket yang dilancarkan dari Lubnan pada hari Ahad. - Gambar AP
ANGKATAN Pertahanan Israel (IDF) mendakwa lebih daripada 120 peluru telah dilepaskan oleh Hezbollah dari Lubnan ke dalam wilayah Israel pada Ahad.
Sementara pada petang Ahad di Beirut pula, pasukan CNN menyaksikan beberapa letupan di langit negara itu.
Agen berita negara Lubnan, National News Agency melaporkan, pesawat Israel telah menyasarkan kawasan Roueiss di pinggir selatan Beirut.
Hezbollah juga dilaporkan telah melepaskan roket ke arah utara Israel sehingga menyebabkan puluhan ribu penduduk dipindahkan.
Rejim Israel melancarkan kempen pengeboman yang luas terhadap kumpulan pejuang Hezbollah yang disokong Iran, yang mempunyai kehadiran yang ketara di pinggir selatan ibu kota Lubnan.
Pengeboman Israel telah memaksa ratusan ribu rakyat Lubnan untuk melarikan diri. - Agensi
#letupan lubnan #Israel serang Lubnan #Hezbollah #IDF
;