Israel hampir musnahkan Hamas sepenuhnya - Netanyahu
Astro Awani
Julai 2, 2024 08:30 MYT
Julai 2, 2024 08:30 MYT
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengakui bahawa rejimnya semakin hampir mencapai matlamat untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan Hamas.
Kata Netanyahu, pihaknya kini menuju ke fasa akhir menghapuskan pejuang Hamas.
"Kami sedang menuju ke fasa akhir untuk menghapuskan tentera Hamas dan akan ada kesinambungan untuk menyerang saki bakinya," katanya.
Perang bermula apabila pejuang Hamas memasuki selatan Israel pada 7 Oktober dan menahan kira-kira 250 tebusan, kebanyakannya orang awam, menurut kiraan Israel.
Serangan balas yang dilancarkan oleh Israel telah membunuh hampir 38,000 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, perang kini meninggalkan wilayah pesisir yang padat itu dalam keadaan musnah.
Usaha pengantara Arab untuk menguatkuasa gencatan senjata, yang disokong oleh Amerika Syarikat, tertangguh.
Hamas tegaskan sebarang perjanjian mesti menamatkan perang dan membawa kepada pengunduran penuh Israel dari Gaza.
Namun Israel mahu gencatan menangguhkan sementara perang dengan Hamas.