Israel gesa sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB susulan serangan Iran

Agensi
Oktober 1, 2024 07:30 MYT
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan badan dunia itu mengadakan sesi tergempar susulan pelancaran hampir 200 peluru berpandu balistik oleh Iran. - Gambar Reuters
NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan badan dunia itu mengadakan sesi tergempar susulan pelancaran hampir 200 peluru berpandu balistik oleh Iran.
Menurut Danny Danon, sesi sidang tergempar oleh Majlis Keselamatan PBB harus dilakukan “secepat mungkin."
Bercakap kepada pemberita di PBB pada Selasa, Danon berkata, Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
“Kami akan bertindak. Iran tidak lama lagi akan merasai akibat daripada tindakan mereka. Akibat itu akan menyakitkan Iran,” kata Danon.
Tambah Danon, "10 juta orang telah dipaksa berlindung di tempat perlindungan bom" ketika Iran menyerang.
“Bayangkan seluruh penduduk New York City masa 10 minit perlu mencari perlindungan. Kanak-kanak, bayi, orang tua - itulah yang berlaku di Israel."
Bahkan, Danon secara terbuka menggelar Iran sebagai "negara pengganas" yang telah menunjukkan "wajah sebenar" kepada dunia. - Agensi
#peluru berpandu balistik #Iran serang Israel #sidang tergempar #Majlis Keselamatan PBB
;