Israel gantung kerjasama dengan UNESCO
Agensi
Oktober 15, 2016 11:20 MYT
Oktober 15, 2016 11:20 MYT
Rejim Israel menggantung kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Tindakan dibuat selepas badan dunia itu menerima pakai draf resolusi yang menafikan pembabitan Israel dengan kota suci bersejarah, Baitulmaqdis.
Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO, Michael Worbs bagaimanpun menegaskan ketetapan itu belum diterima pakai namun kemungkinan untuk frasa berkenaan di ubah tetap ada.
“Ia adalah luar biasa tetapi ia berlaku. Persoalannya sama ada di dalam lembaga akan ada pendapat berbeza daripada ahli lembaga pada hari Selasa.
“Memandangkan semua, saya menganggap bahawa semua delegasi dalam Suruhanjaya PX mengundi mengikut arahan jadi kemungkinan besar akan ada perubahan,” katanya.
Draf resolusi berkenaan yang ditaja beberapa negara Arab dan bertajuk occupied Palestine hanya menggunakan nama Islam bagi kawasan yang dianggap suci oleh Yahudi dan Islam.
Ia antara lain merujuk kepada kawasan Plaza al-Buraq, nama yang digunakan umat Islam manakala Yahudi mengelarkannya Western Wall Plaza, namun hanya diletakkan tanda dua titik bertindih dalam draf berkenaan.