Israel dan Hamas hampir capai gencatan senjata - White House

Astro Awani
Julai 26, 2024 00:40 MYT
Kirby berkata masih terdapat jurang dalam rundingan gencatan senjata dan AS akan terus bekerjasama dengan rakan sejawat di rantau itu untuk melihat jika mereka dapat menutup jurang tersebut. - Foto fail/AP
WASHINGTON: White House mendedahkan Israel dan Hamas semakin hampir mencapai perjanjian gencatan senjata.
Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan White House, John Kirby, Presiden Joe Biden dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menekankan keperluan menguatkuasa gencatan ke atas perang yang memasuki bulan ke-9.
"Masih terdapat jurang dalam rundingan gencatan senjata dan pasukan kami akan terus bekerja dengan rakan sejawat kami di rantau itu untuk melihat jika kami dapat menutup jurang tersebut.
"Kami percaya bahawa ia boleh ditutup dan bahawa kami boleh mencapai perjanjian. Tetapi ini akan memerlukan, seperti biasa, kepimpinan, kompromi, dan usaha untuk mencapainya.
"Presiden (Biden) akan menegaskan kepada Perdana Menteri Netanyahu bahawa beliau percaya kita perlu mencapainya dan kita perlu mencapainya dengan segera," katanya.
Hubungan Biden dan Netanyahu tegang sejak beberapa bulan lalu susulan operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza, yang menyaksikan lebih 39,000 nyawa jadi korban.
Lawatan Netanyahu ke Amerika Syarikat adalah yang pertama sejak beliau mempertahankan jawatannya untuk enam penggal berturut-turut pada 2022.
#gencatan senjata #Israel #Hamas #White House