Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan

Agensi
September 18, 2024 08:40 MYT
Israel didakwa menjadi dalang di sebalik serangan yang menyebabkan letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih milik anggota Hezbollah di seluruh Lubnan, pada Selasa. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Israel didakwa menjadi dalang di sebalik serangan yang menyebabkan letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih milik anggota Hezbollah di seluruh Lubnan, pada Selasa, lapor portal berita CNN.
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunugh dan 2,750 orang cedera di seluruh Lubnan merupakan hasil operasi bersama antara perkhidmatan perisikan Israel, Mossad, dan tentera Israel.
Israel meletakkan bahan letupan dalam kumpulan alat kelui buatan Taiwan yang diimport ke Lubnan dan dituju ke Hezbullah, lapor New York Times, memetik kenyataan pegawai Amerika dan lain-lain taklimat mengenai operasi itu.
Berdasarkan laporan New York Times, bahan letupan itu dimasukkan dalam bateri setiap alat kelui dan suis dibenamkan untuk meletupkannya dari jauh.
Peranti itu meletup serentak selepas menerima mesej pada petang Selasa, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan 2,750 termasuk sekurang-kurangnya 170 mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata Kementerian Kesihatan Lubnan.
Hezbollah dan kerajaan Lubnan menyalahkan Israel yang mencetuskan serangan itu.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas daripada Israel sebagai menjawab dakwaan itu. - Agensi
#lubnan #letupan lubnan #letupan terkoordinasi #Israel dalang
;