Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon

Agensi
Julai 26, 2020 06:42 MYT
Menteri Pertahanan Israel berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Syria dan Lebanon selain faktor keselamatan.
INSIDEN dron yang dipercayai milik Israel terjatuh di selatan Lebanon meningkatkan lagi ketegangan di wilayah tersebut.
Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Syria dan Lebanon selain faktor keselamatan.
Katanya, kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas pertukaran rentas sempadan di antara Israel dan Syria serta pembunuhan seorang militan Hizbullah dalam serangan udara dekat Damsyik.
"Kami tidak mencari tanpa sebab yang munasabah. Tetapi jika kami diuji, kami mempunyai kemampuan operasi yang tinggi, yang saya harap tidak perlu digunakan," kata Gantz seperti dipetik laporan AP.
Terdahulu, serangan hari Jumaat lalu terhadap kedudukan tentera Syria telah mendorong Israel untuk menambah pasukan di sempadannya dengan Lebanon dan Syria.
Agensi berita nasional yang dikendalikan oleh pemerintah Lebanon melaporkan bahawa pesawat perang dan dron Israel telah diterbangkan ke selatan Lebanon pada Ahad.
Gantz berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap tembakan di Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.
#Benny Gantz #Damsyik #dron #Hizbullah #Israel #Ketenteraan #lebanon #militan #Syria
;