Israel dakwa temui infrastruktur yang digunakan Hamas

Astro Awani
Disember 21, 2023 08:20 MYT
Hagari berdiri didalam apa didakwa tentera Israel sebagai terowong yang digunakan Hamas. - Foto REUTERS
KETUA jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu taklimat mengumumkan tenteranya telah menemui rangkaian infrastruktur yang digunakan oleh kepimpinan Hamas di Gaza.
Rangkaian bawah tanah itu disifatkan oleh Hagari sebagai pangkalan bagi gerakan kepimpinan Hamas seperti Sinwar, Ismail Haniyeh dan Muhammad Deif.
Israel menuduh Hamas sengaja mencari terowong dan infrastruktur ketenteraan lain dalam kalangan orang awam untuk digunakan sebagai perisai manusia.
Hamas bagaimanapun menolak tuduhan itu.
Sinwar dan Deif didakwa bertanggungjawab di sebalik operasi dikenali Taufan Al-Aqsa ke atas Israel pada 7 Oktober.
Ia sekali gus membawa kepada serangan balas kejam Israel ke atas Gaza yang telah membunuh kira-kira 20,000 orang dan memaksa sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza meninggalkan rumah masing-masing.
#Daniel Hagari #Israel #Gaza #Hamas
;