Israel dakwa berjaya pintas lima dron dari Lubnan
Astro Awani
November 3, 2024 10:10 MYT
November 3, 2024 10:10 MYT
NAHARIYA: Tentera Israel mendakwa mereka berjaya memintas lima dron memasuki Israel dari Lubnan pada Sabtu selepas amaran siren berbunyi di utara dan timur Israel.
Tambah Israel, salah satu dron telah dipintas di atas laut Mediterranean dan tiada kemalangan dilaporkan setakat ini.
Pada Sabtu, anggota Hezbollah dari Lubnan menyatakan mereka telah menyerang Pangkalan Udara Palmachim Israel di selatan Tel Aviv dengan dron.
Namun begitu, sehingga kini tiada maklum balas segera dari Israel mengenai serangan itu.
Reuters dapat mengesahkan lokasi tersebut secara bebas dengan susun atur jalan dan bentuk bangunan yang sepadan dengan fail dan imej satelit kawasan itu namun tidak dapat mengesahkan tarikh video itu dirakam secara bebas.
Terdahulu, Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan pada Jumaat mengenai kesan serius operasi ketenteraan Israel terhadap orang awam di Lubnan, dengan memberi tumpuan kepada kerosakan pada tapak keagamaan dan budaya.
Menurut pejabat PBB itu, sejak Oktober lepas, Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang kurangnya 10 masjid dan gereja. PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang.